Profil Organisasi

JKR DAERAH KINTA

JKR Daerah Kinta merupakan salah satu daripada JKR daerah yang ditubuhkan dibawah JKR Negeri Perak. Penubuhan JKR daerah adalah untuk membantu, memantau dan melaksana segala aktiviti-aktiviti kerja yang berkaitan dengan jabatan ini.

Lokasi JKR Daerah Kinta yang terletak di Jalan Charleton ( 4º36'18.1"N 101º04'27.2"E) iaitu hanya 2 KM dari pusat bandaraya Ipoh (Pejabat Pos Besar Ipoh) merupakan kawasan yang strategik kerana berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan yang lain. Antara pusat pentadbiran kerajaan yang berhampiran adalah seperti Mahkamah Syariah Negeri Perak, Ibu Pejabat JKR Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian, Kompleks Islam, Lembaga Air Perak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

 

Sila klik untuk paparan :Peta/Lokasi JKR Daerah Kinta

 

JKR Daerah Kinta yang diterajui kepimpinan dibawah Tuan Jurutera Daerah mempunyai beberapa daerah kecil yang lain. Antara daerah kecil tersebut adalah daerah kecil Kampar dan daerah kecil Batu Gajah. Selain itu terdapat juga unit-unit dibawah JKR Daerah Kinta antaranya seperti:-

  • Unit Pentadbiran
  • Unit Kewangan
  • Unit Ukur Bahan & Kontrak
  • Unit Jalan & Senggara
  • Unit Bangunan 
  • Daerah Kecil Kampar
  • Daerah Kecil Batu Gajah