Perutusan Jurutera Daerah

 

 

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia.

Selamat datang ke Portal Rasmi JKR Daerah Kinta.

Pengaruh globalisasi dan perkembangan dalam teknologi maklumat ke atas segenap aspek kehidupan kita amat ketara sekarang ini. Kalau dahulu, asas pengiraan adalah jari anggota kita dan diikuti oleh era 'slide rule' dan kemudian zaman mesin kira dan kini komputer. Ini bermakna melaksanakan aktiviti ekonomi dan aktiviti-aktiviti lain akan terus berubah dengan pesatnya selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Jabatan Kerja Raya (JKR), Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam persekitaran ini. Sebagai sebuah agensi pelaksana di peringkat daerah, JKR sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat, tepat dan memenuhi keperluan pelanggannya yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, kontraktor, anggota-anggota JKR dan juga orang ramai.

Laman ini akan sentiasa dikemaskinikan daripada segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh JKR ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua peringkat pengguna. kemudahan untuk berurusan melalui internet seperti mendapatkan maklumat mengenai tender, membuat aduan terhadap prestasi jabatan dan mengemukakan pertanyaan berhubung permohonan pembangunan tepi jalan diharap akan menigkatkan kecekapan dan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada para pelanggan.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan laman ini , Jabatan Kerja Raya, Daerah Kinta dapat menyumbang kearah mewujudkan Masyarakat Berilmu yang diperlukan sekarang selaras dengan kemajuan pesat dalam "knowledge economy".

Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.

Sekian. Terima Kasih.

 

 Ir. N.Naelah Bt Mat Kasa

Jurutera Daerah Kinta

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.