Unit Jalan JKR Kinta

Skop tugas Unit Jalan adalah seperti berikut:-

 

  • Membuat perancangan projek-projek jalan dan jambatan dalam Rancangan Malaysia (RMK)  di Daerah Kinta. 
  • Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan negeri dan persekutuan. 
  • Menyelenggara jalanraya dan jambatan sediada ke tahap yang lebih baik dan memuaskan. 
  • Menyediakan utiliti dan pengangkutan yang diperlukan semasa kecemasan dan darurat.
  • Menyemak, mengulas dan meluluskan pelan-pelan pembangunan tepi jalan. 
  • Memberi khidmat nasihat teknik kepada kerajaan negeri dan jabatan-jabatan lain.